Thursday, April 19, 2012

..:: M.O.O.D.Y ::..

OLLA BLOGGERS

sejak dari pukul 8 tadi aku mencari mood stady tp tak jugak sampai. entah apalah yang mengacau mood aku malam ni. assignment teori individu hanya siap 3 baris je dalam 2jam ni. jadi akhirnya. tutup teori! bukak strategik pula. pon masih sama. tukar pula dengan cukai! juga masih sama!!!!!!


akhirnya adele in royal albert hall aku pasang! konon mencari mood. tapi akhirnya air mata yang sampai. ade dua part yang sedih. 1 masa adele bercerita pasal laura, kawan baik die. die jugak buatkan lagu 'my same' untuk laura. KAWAN BAIK.. sure semua ada kawan baik kan. tapi setiap cerita kita berbeza. aku ade beberapa kawan yang pernah dan masih menjadi kawan baik. kenapa pernah?? biasalah kita manusia. bersifat baharu bak kata Ustaz Don. jadi kita tak lari dari membuat kesilapan. akhirnya terpulang kepada kita macam mana nak hadapi kesilapan itu. ade yang amik langkah pergi dan lupa, ade juga yang mengambil langkah maaf dan lupa. tetapi kawan yang betul2 baik adalah kawan yang sentiasa ada dengan kita dalam baik dan jahat kita. kawan yang sentiasa bersama walaupun kita pernah sakitkan hati dia. kawan yang sentiasa memberi ruang dan peluang untuk kita berubah. MAAF dan LUPA. dalam berkawan jangan pernah mengharapkan balasan, sebab nanti at the end kita SURE akan kecewa.



and 2 masa die nyanyi someone like you. ingat lagi entry R.I.N.D.U? sambil dengar lagu ini aku dok ingat kat kisah dia dan aku. "never mind i'll find someone like you. i wish nothing but the best for you too. dont forget me. i begged. i remember you say. sometimes it lasts in love but sometimes it hurt insteads". jodoh itu di tangan tuhan kan? apa lah yang nak di sedihkan. sepatutnya saat ni aku dah tak fikir psal die. tapi ending kami tu yang sebenarnya buat aku masih berfikir. tak pernah terfikir dek akal aku akan hadap situasi macam ni. tapi tak apelah. apa sangat lah nak di kenang kan kisah lama kan? MOVE ON beybaaahh!!!


harap2 lepas taip entry ni adalah mood nak stdy tu datang! aku rasa bersalah sangat ni membuang masa!! -_-" dalam pada rasa bersalah ni sempat jugak tapi entry ni and edit2 layout blog. aku ni dah boleh jatuh hukum pancung sampai mat dah ni.. T.T




ok chaww~~


Tuesday, April 17, 2012

..:: K.E.C.E.W.A ::..

OLLA BLOGGERS..

sambil bertemankan nota2 strategic management yang akan bermidsem khamis ini, maggie yg masih berasap tipis dan watie. entry ini ditaip untuk menaikkan kembali semangat dalam diri..

dalam beberapa hari ini, aku diuji dengan beberapa kejadian dan berita yang merentap sedikit semangat ku. cerita pertama sebenarnya adalah kisah lama yang ku sangkakan telah aku lupakan, telah aku redhakan dengan sepenuh hati. tapi aku silap. kehilangan dia masih kurasai ketika orang sekeliling mula bertanyakan kisah dia. cerita pertama ini masih mampu aku tangani kerana masih ade saki baki semangat yang tinggal. belum sempat cerita itu aku lupakan datang kerenah manusia yang mencipta kejadian kedua. hanya kalimah Allah dan ishtifar yang menemani ku ketika itu. kawalan kesabaran ku kian tipis. tapi di depan semua orang aku gagahi juga diri. belum puas berKECEWA dengan dua cerita itu datang pula berita ketiga tadi. semangat ku terbang!!!

aku cuba berfikir dari sudut yang lebih positif. tidak menyalahkan sesiapa melainkan diri sendiri. tidak menuding jari. tidak terlalu gopoh melangkah. aku cuba juga menasihati hati supaya lebih redha dan ikhlas. Allah itu Maha Mengetahui. Allah itu Maha Adil dan Bijaksana. sebaik mana pon perancangan manusia sesungguhnya Allah adalah sebaik2 perancang. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hambaNya dan tidak mungkin dia akan menguji HambaNya itu di luar kemampuan mereka.

aku pasti setiap yang berlaku ini ada hikmahnya. aku perlu belajar lebih redha dan merendah diri. perlu sentiasa ingat. dan ketika ini. terasa sangat memerlukan seseorang untuk mendengar bebelan bodoh aku. tapi. hanya pada watie mampu ku luahkan segalanya.

sudahlah dengan permainan dunia. nota2 dan mula berterbangan mintak di baca. good luck pada semua yang midsem..! ^_^



++ Cik Watie ++

ok chaw~~


Sunday, April 15, 2012

..:: S.Y.U.K.U.R ::..



OLLA BLOGGERS...

di pagi ahad yg sejuk beku ni tatkala baju siap disidai.
bertemankan segelas milo panas dan kek strawbery buatan ibu.
aku menghadap nota2 kuliah, bahan2 asaimen.
tapi hati terasa walang.
hati terasa kurang tenteram.
rindu pada ibu dan ayah yg baru semalam ditinggalkan.

pagi ini entah mengapa, aku rasa sangat bersyukur dengan apa yg aku ada.
biar aku tak semewah yang lain,
biar aku tak sesenang yang lain,
tapi aku pasti! aku ada sesuatu yang mereka tiada.

kadang2 aku perlu teman untuk berbicara.
berkongsi rasa hati tanpa ragu2.
berkongi masalah tanpa perlu di nilai.
tapi teman itu belum jua kutemui.
owh! ada sebenarnya.
kina dan dina.
tapi dengan mereka aku masih tidak mampu meluahkan 100% apa yg kurasa.
tapi hanya dengan mereka aku selesa berbicara kini.

pada penghujung pengajian ini baru ku rasa nikmat menuntut ilmu.
nikmat bertapa di library.
sepanjang satu minggu dirumah.
aku merindui library! ya library..!
lawakkk.! tapi itu lah hakikatnya.
jadi sampai je di bumi UKM semalam,
library adalah tempat pertama yg aku pergi.

harapanku kini,
semoga aku ikhlas dalam usaha ku menuntut ilmu sem ini.
semoga aku tabah menghadapi ujianNya.
semoga tiada lagi anasir2 yang mampu menggoyahkan kekuatan ku.
gambate..!! caiyookk.!




~ok chaw~

p/s:: untuk terapi jiwa, rajin2 ah follow twitter @DrAnwarFazal.


Friday, March 30, 2012

..: G.A.M.B.A.R :..



OLLA BLOGGERS....
petang ini free sikit sebab habis discussion awal..
so aku bersih2kan isi kandungan lappy ni..
banyak gambar, surat, and few things yg rasa tak penting tu aku dah tamatkan riwayat hidup die.. tapi...................

tak sangka lah yang aku akan end up menangis..
betul lah org kata,
sekeping gambar menyimpan seribu satu rahsia..
nilah few picca yg aku larat nak pilih and tempek..
yelah dulu aku bukan mcm sekarang..
nak post gambar lama2 ni banyak nak edit..
malasssssssssssss.. =p







tapi yang paling banyak menjuraikan air mata aku adalah video nih..
sangat banyak kenangan... dr ggerak kerja sampai lah ke hari kejadian..
and bagi aku. ini lah pengalaman paing bermakna dalam hidup aku.. T.T






Wednesday, March 28, 2012

..: N.I.K.M.A.T S.A.B.A.R :..



OLLA BLOGGERS..
semalam dapat ganjaran dari kesabaran yang dituai last week..
ingat tak last week kan ade post entry pasal kerja berkumpulan dan sabar...
semalam kena present kerja berkumpulan tu..

masa present rasanya tak ada masalah..
walaupun aku masih susah nak kontrol gemuruh and sebutan pelat "SH" aku tuh
but still aku rasa presentation kami baik sikit dari minggu lepas..
cuma ade sedikit terkilan bila aku tak dapat jawab soalan yang DR.Fairuz bagi..
masa tu aku betul2 blank.! langsung tak ade idea and ilmu dalam otak..
tak tahu kenapa.. =_="

at the end of the class ade few token of appreciation dari DR.Fairuz..
Alhamdulillah.. walaupun aku bukan dalam group terbaik, bukan presenter terbaik..
tapi apa yang aku dapat dah cukup untuk aku jadikan motivasi untuk jadi lebih baik..
juga untuk jadi manusia yang lebih sabar menanti ganjaran disebalik setiap dugaan..

so, pada sesiapa yang kat luar tu.
kalau tetiba diuji dengan macam2 masalah..
ingat lah ALLAH tu Maha Mengetahui.
Dia tahu apa yang terbaik untuk kita.
bila kita redha dan sabar.
pasti ganjarannya lebih besar.

macam berniaga jugak..
bila rugi, kita sabar.
teruskan usaha.
bila income company lagi sikit dari company lain dalam industri.
kita sabar, kita kaji setiap tindakan company lain.
baiki kelemahan syarikat.
InsyaAllah. kita akan untung jugak nanti..
TAPI.. bila kita dah diatas.
jangan pernah lupa yang dibawah..
^_^

p/s : sabar itu manis ganjarannya.
p/s :: bila seronok mendokgak melihat langit di atas, jangan pernah lupa rumput yang di pijak.

ok chawww~~