Monday, November 28, 2011

++ MAYBANK2U vs CIMBClicks ++



OLLA BLOGGERS...

sekarang mood sangat sebel deh. sepanjang 3 jam iaitu dari pukul 9-12 malam ni tadi aku ke hulu ke hilir tanpa henti. semua semata-mata nak uruskan pembelian tiket secara online untuk my family..


alkisahnya bermula begini, hujung bulan 12 ni nak holiday ke medan. so, tadi tengah baik punya layan bola Malaysia vs Bahrain yang kalah tadi tu.. =_=' ibu suro cek tiket MAS ke medan untuk tarikh yang kami nak pegi ni.. tengok2 tiket just RM11 je.. ye betul RM11 tak tipu!!! tapi tak termasuk TAX and extra charge!!!!! kalau total dalam rm189. tapi tu kira murah taw.. selalu dalam 250++ sehala.


lepas tengok jualan runtuh ni ibu pon suro lah beli terus..!! before beli kena pegi lah atm maybank kat tesco ampang sebab nak aktifkan maybank2u ibu. dah settle balik rumah on9 lagi... tak jadi jugak sebab no fon untuk anta TAC tu tak daftar. so, pegi balik tesco ampang untk aktifkan no talifon. TAPI.!!! tak boleh sebab maybank kata kena daftar kat center je..!!! panas hati kan? CIMB boleh je daftar on9..!!!!!!!!!



than dah pening2.. ingat nak transfer je duit ke CIMB aku nanti boleh bayar guna CIMBClicks aku je.. but nan ado..!!!! sebab dah pukul 12 and atm pon dah tutup..!!! erghhhhhh..... penat and stress tahu tak booking tiket ni... huh

last2 skali fade up aku terus balik rumah and taip entry ini.. tapi in all situation aku respect bapak aku. dia sangat cool..!!! tak de nak stress or marah2 kena hantar aku p sana sini... ayah tu kalau kena bebel ngan mak pon die cool.. nanti nak kawen nak carik suami macam AYAH..!!!! so kalau aku mengamuk macam tadi die still akan cool.. heeeeee ^_^ *lari topik dah *

so,KESIMPULANNYA bagi aku CIMBClicks adalah lebih user friendly dari Maybank2u. sekarang ni CIMBClicks pon dah boleh guna kat mana2.. beli tiket movie boleh, bayar bill boleh and yang penting bayar yuran UKM pon boleh... hehe

till next time
k chawww~~


Saturday, November 26, 2011

++ Review : TWILIGHT SAGA - BREAKING DAWN PART 1 ++



OLLA BLOGGERS..
semalam baru lepas tengok twilght breaking dawn part 1.
overall cerita die macam lambat sikit and klimaks die tak sehebat twilight saga yang before this mungkin sebab die pecah kan jadi dua bahagian kot. tapi cerita ni sesuai lah kalau nak tengok dengan gf/bf masing2.. cerita ini banyak part yang sweet2 especially masa dorang kawin.
sangat cantik dekorasi hutan die kawen tu.. and tempat honeymoon dorang .. ^_^


kalau yang belum tengok tu, jangan berharap yang akan ade gaduh2 yang sangat dasyat macam before-before this sebab tak de. huuu part 1 ni just nak cerita mcm mana bella boleh ada anak dan nak tunjuk betapa kuat nya reneesme (anak bella ) tu since dalam perot. and bestie aku cakap bella ni tak ada ekspresi muka langsung, die marah ke sedih ke muka sama je.


and please sila keluar panggung selepas lampu dibuka sahaja.!!!! sebab dah jadi trend yang akan ade scene lagi lepas semua nama2 produksi keluar.
as a big fan of twilight saga, aku tak sabar nak tunggu part 2.. kepada yang tak minat jangan lah tengok sebab korang akan jadi makin tak minat kot kalau tengok episod ni.. huhu

till next time.
k chaww~~





Wednesday, November 23, 2011

++ HARIMAU MUDA vs TROFI AIM YUNA ++





OLLA BLOGGERS...
aku pasti seluruh rakyat malaysia yang ada di seluruh pelusuk dunia bangga dengan kejayaan pasukan Harimau Muda dalam mempertahanan pingat emas di Sukan Sea.. despite of semua perbalahan dan gado2 yang penyokong dua2 negara ni lancarkan lets see the bright side of the story.. perasan tak skuad Harimau kita makin bagus dan mantap dari sehari ke sehari.. and peminat pon dan bertambah.. pheewiiitt.. sekarang populariti pemain bola lagi hebat taw dr artis.. haha so tak payah lah aku cite banyak pasal kemenangan ni.. korang search lah sendiri even kat berita pon tak habis2 cerita pasal bola kita ni...



TAPI..~~!!!!! masa arena sukan kita makin maju dan dijulang industri seni kita pulak jatuh menyembah bumi... beberapa pesta anugrah kita berkontroversi... paling memalukan trofi untuk lagu terbaik yang dimenangi yuna akan ditarik balik... ye ditarik balik..!!!!what a shame.. =_=" ye aku memang peminat yuna.. tapi kalau korang tak mnat yuna pon korang rasa patot ke??


aku rasa selain dr tarik balik trofi tu.. few people kena siasat auditor yang bertanggungjawab.. what the point of having an auditor kalau benda macam ni still berlaku?? auditor tidur ke time buat keja? ke mata dah kelabu sangat?? apa pun im sure semua orang akan kesian kat yuna.. yelah die tak salah kot.. so now aku faham kenapa die lebih senang pergi ke LA untuk kembangkan bakat die.. kalau mcm ni lah industri kita... huh

nak tahu lagi pasal cerita yuna ni baca ah kat berita harian ..

k chaww...~~


Wednesday, November 16, 2011

Thursday, November 10, 2011

++ AidilAdha 2011 ++


OLLA BLOGGERS...
lama kan tak update blog.. ceee mcamlah ramai yang nak baca... perasankan?? sebenarnyabanyak benda nak cerita tapi tahap kemalasan dalam diri telah meluap-luap dan melimpah ke ladang gandum.. dan alasan lainnya adalah keadaan intenet berokband yang agak tenat kebelakangan ini.. panjang tak panjang lah kan mukadimahnye... sebenarnya ini adalah entry basi... tapi sebab nak sangat update blog maka sy tetap menaip entri ini..

hari ahad yang lepas.. which is hari raya aidiladha aku dan 2 orang besties aku yang sangat lah sengal telah ke pavilion untuk berjalan2 dan menghabiskan duit.. kami telah mencipta rekod kami sendiri bila kami dengan sengalnya berbaju kurung ke pavilion.. memang lah untuk certain people benda tu biasa tapi untuk kami ianya LUAR BIASA..!!! =p

tak banyak pon aktiviti kami,, just makan and meroyan je... owh..!! kalau korang kalau ke pavilion wajib cuba kuew teow goreng dekat food court kedai die nama mee jawa.. sedap yaw.!!!!



nilah kuew teow nye... sedap..!!! series tak tipu..


still rockin together since 2004..
..SyaKiRahDiNat..
ok chaww~~

Thursday, November 3, 2011

++ BLACKBERRY WAREHOUSE SALE ++


OLLA BLOGERS...
short entry je ni.. just nak inform kepada semua orang yang 1-7 nov 2011 ada BLACKBERRY HTC and SAMSUNG WAREHOUSE SALE. so, kepada sesiapa yang nak tukar hp boleh la pergi jenguk2 kesana. for blackberry aku rasa murah sikit lah dari normal price. kalau aku jadi pegi nanti aku buat entry baru Ok.

sale ni buat kat Gadgets Junction No 3 Jalan Tengku Ampuan Zabedah F 9/F Seksyen 9 Shah Alam. (Opposite Plaza Shah Alam, Same row with Baguus Curtain, Fancy Audio, Restaurant Ayam Penyet) BTW kalau nak cek harga hp yang mereka jual ble cek kat sini..

ok chawww~~