Tuesday, April 17, 2012

..:: K.E.C.E.W.A ::..

OLLA BLOGGERS..

sambil bertemankan nota2 strategic management yang akan bermidsem khamis ini, maggie yg masih berasap tipis dan watie. entry ini ditaip untuk menaikkan kembali semangat dalam diri..

dalam beberapa hari ini, aku diuji dengan beberapa kejadian dan berita yang merentap sedikit semangat ku. cerita pertama sebenarnya adalah kisah lama yang ku sangkakan telah aku lupakan, telah aku redhakan dengan sepenuh hati. tapi aku silap. kehilangan dia masih kurasai ketika orang sekeliling mula bertanyakan kisah dia. cerita pertama ini masih mampu aku tangani kerana masih ade saki baki semangat yang tinggal. belum sempat cerita itu aku lupakan datang kerenah manusia yang mencipta kejadian kedua. hanya kalimah Allah dan ishtifar yang menemani ku ketika itu. kawalan kesabaran ku kian tipis. tapi di depan semua orang aku gagahi juga diri. belum puas berKECEWA dengan dua cerita itu datang pula berita ketiga tadi. semangat ku terbang!!!

aku cuba berfikir dari sudut yang lebih positif. tidak menyalahkan sesiapa melainkan diri sendiri. tidak menuding jari. tidak terlalu gopoh melangkah. aku cuba juga menasihati hati supaya lebih redha dan ikhlas. Allah itu Maha Mengetahui. Allah itu Maha Adil dan Bijaksana. sebaik mana pon perancangan manusia sesungguhnya Allah adalah sebaik2 perancang. Dia lebih mengetahui apa yang terbaik untuk setiap hambaNya dan tidak mungkin dia akan menguji HambaNya itu di luar kemampuan mereka.

aku pasti setiap yang berlaku ini ada hikmahnya. aku perlu belajar lebih redha dan merendah diri. perlu sentiasa ingat. dan ketika ini. terasa sangat memerlukan seseorang untuk mendengar bebelan bodoh aku. tapi. hanya pada watie mampu ku luahkan segalanya.

sudahlah dengan permainan dunia. nota2 dan mula berterbangan mintak di baca. good luck pada semua yang midsem..! ^_^



++ Cik Watie ++

ok chaw~~